Pelakon Datin Almy Nadia mengakui harus kuat untuk terus menurunkan berat badannya selepas bersalin anak keduanya pada Disember tahun lalu.

Menerusi entri di Istagram (IG), Almy menjelaskan dia mahu membuktikan pada orang ramai yang dirinya mampu untuk mendapatkan berat badan yang ideal.

"Untuk hari ke-30 pantang, perjuangan harus teruskan walaupun cl. Yes Almy Nadia kena kuat untuk kali ini.

"Misi kurus harus diteruskan nak tunjuk pada mata-mata dan hati jahanam. I can do it ya. hahahahah.

"Nampak sedap tapi semua tak ada rasa yerk. Nasi brown rice + ikan bawal stim halia tambah carrot tanpa perisa atau garam + buah oren di blend tanpa gula atau air. Yes happy lunch semua," tulisnya.

Utk hari ker 30 pantang perjuangan harus teruskan wlpn cl ... yessss almy nadia kena kuat utk kalini .. misi kurus harus diteruskan nak tunjuk pd mata2 dan hati jahanam ... i can do it ya.. hahahahah nampak sedap tp semua tak ada rasa yerk.. nasi brown rice + ikan bawal stim halia tambah carrot tanpa perisa atau garam + buah oren di blend tanpa gula atau air “ yessss happy lunch semua

A post shared by Almy Nadia (@fizzalmy) on


Rata-rata menyokong apa yang ingin dilakukan oleh Almy dan berharap agar dia dapat menurunkan berat badan secara sihat serta tidak mempedulikan apa yang dikatakan oleh orang ramai mengenai saiz badannya.

Almy mendirikan rumah tangga dengan pelakon Datuk Fizz Fairuz pada tahun 2014 dan dikurnikan dua orang cahaya mata Arianna, 3, Aurora, 1 dan Nurafrina Ayra yang dilahirkan pada Disember tahun lalu.