Pelakon dan pengacara, Erin Malek telah berkongsi gambar dirinya bersama rakan-rakannya semalam.

Perkongsian itu dibuat menerusi ruangan Instagram (IG) Story miliknya.

Dalam gambar tersebut, Erin hanya mengenakan topi untuk menutup kepala dan rambutnya jelas kelihatan.



Ia menimbulkan keraguan terhadap status pemakaian hijab Erin kerana pelakon berbakat itu telah berhijrah semenjak tahun 2016.

Sebelum ini, pemilik nama sebenar Nur Arina Abdul Malek ini telah tampil bertudung litup dan tidak pernah mendedahkan rambutnya selepas berhijrah.

Erin mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2005 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.