Jenazah ibu kepada penyanyi Linda Rafar iatu Allahyarham Rasimah Binti Abd Rahman telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Seksyen 21, Shah Alam sekitar pagi tadi.

Jenazah terlebih dahulu telah dibawa ke Surau Al-Ikhlas, Seksyen 13, Shah Alam untuk disembahyangkan.

Linda terlebih dahulu telah memaklumkan perkara itu menerusi entri di akaun Instagramnya (IG) malam tadi.

Al-Fatihah.. Ya Allah.. Ampunilah Ratu Hatiku Rasimah bt abd rahman Limpahkanlah rahmat ke atas roh nya.. Muliakanlah tempatnya.. Luaskanlah.. Terangilah.. Dan Harumkanlah persemadiannya.. Mandikanlah dia dengan air salju dan embun.. Sucikanlah dosa dan segala kesalahan sebagaimana pakaian disucikan dari najis.. Gantikan untuknya rumah yang lebih baik dari rumahnya.. Gantikan untuknya keluarga yang lebih baik dari keluarganya.. Gantikan untuknya (pasangan) yang lebih baik dari pasangannya.. Tempatkanlah dia disisi orang-orang yang kau redhai.. Lindungilah dia dari azab kubur dan azab api nerakaَ.. Masukkanlah dia ke dalam syurgaMasukkanlah dia ke dalam syurga mu ya ALLAH... ~ Aamiin ya robbal alaamiin ~ Jenazah akan Di bawak ke kediaman linda Di No 16 Jln aquatik 13/67a D kayangan Seksyen 13 Shah Alam Kul 9am di surau Al-Ikhlas sec13 Shah Alam kebumi tanah perkuburan sek 21 sh alam?

A post shared by LRFlawlessProducts (@lindarafar) on

Terbaru, Linda telah berkongsi beberapa perkembangan terkini menunjukkan ibunya telah selamat dikebumikan menerusi IG Story.





Ibu Linda telah menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital malam tadi.

Terdahulu, difahamkan ibu Linda dan Diana dimasukkan ke hospital akibat mengalami jangkitan kuman di tangan kiri dan telah merebak ke dalam darah.