Fazura Risau Dengan Respon Fattah Amin

Hiburan
Fazura Risau Dengan Respon Fattah Amin
Pelakon dan penyanyi jelita, Nur Fazura yang kini muncul dengan muzik video single terbaru, Can't Forget Me mendedahkan dia risau dengan respon suaminya, aktor Fattah Amin.

Fazura dan Fattah menonton hasil akhir muzik video Can't Forget Me pada hari yang sama dengan majlis pra-tonton muzik video terbabit berlangsung.

"Sebenarnya, sebelum majlis berlangsung, pagi ini baru saya dan Fattah menonton hasil akhir muzik video Can't Forget Me.

"Saya risau juga kalau dia kurang senang dengan beberapa babak yang saya jayakan dalam muzik video ini.

"Saya tengok juga reaksi Fattah, namun sebaliknya yang berlaku. Dia kata semuanya okay dan dia juga memuji hasil muzik video ini.

"Dia juga faham dengan maksud yang saya cuba terjemahkan selepas saya jelaskan kepadanya," katanya kepada Gempak.

Fazura ditemui semasa majlis pra-tonton video muzik lagu terbaharu yang berjudul Can't Forget Me di Lightbox, Sungai Buluh semalam.

Single terbaru Fazura ini mendapat sentuhan komposer dari Los Angeles, Will Beaman bersama Cameron Forbes dan muzik videonya pula diarahkan oleh Fabian Joseph.

Lagu dan muzik video Can't Forget Me bakal dilancarkan pada 18 Januari ini di semua pelantar digital termasuklah iTunes, Apple Music, Spotify, Deezer, JOOX dan KKBOX.

Artikel Berkaitan