Didakwa Mengkritik Kerajaan, Ini Jawapan Michael Ang

Hiburan
Didakwa Mengkritik Kerajaan, Ini Jawapan Michael Ang
Penerbit dan pengarah, Michael Ang berkogsi sebuah video yang ditujukan kepada kerajaan dan pencinta alam sekitar mempersoalkan langkah yang sepatutnya diambil untuk mengekalkan kebersihan hidangan minuman setelah penggunaan straw dihentikan di restoran.

Video itu dimuat naik menerusi entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.

Dalam video itu juga, Michael menunjukkan gelas yang dihidangkan kepadanya di sebuah restoran mempunyai kesan gincu dan tidak bersih.
 

Ekoran dari perkara itu, ramai netizen menyelar tindakan Michael dan mengatakan dia mengkritik kerajaan.

Tidak berdiam diri, Michael memuat naik video terbaru untuk menjelaskan maksud sebenar apa yang diperkatakan dalam video sebelum itu.

Menurut Michael, dia hanya mempersoalkan tentang langkah yang sepatutnya diambil untuk memastikan hidangan minuman kekal bersih setelah penggunaan straw dihentikan dan tidak berniat untuk mengkritik mana-mana pihak.

"Ini sambungan untuk video tentang straw sebelum ini, saya tak kritik sesiapa tapi sekadar bertanya.

"Apabila kita dah hentikan penggunaan straw, mungkin ada sesuatu yang lain boleh digunakan seperti straw yang boleh dikitar semula misalnya.

"What has been put in place after we banned? that's all," katanya dalam video terbabit.

 

Dalam pada itu, Michael turut meminta orang ramai untuk memahami percakapannya terlebih  dahulu dan tidak sewenang-wenang menyelar tindakannya.

Artikel Berkaitan