Wuuhaiiii… dari minggu lepas nama Miss K jadi bualan dan kritikan ramai kerana dedah perangai sebenar pelakon wanita yang sedang meningkat naik.

Mana tidaknya, semua orang menuduh kononnya Miss K sengaja 'buka pekung’ pelakon tersebut.

Untuk pengetahuan semua, bukan sengaja nak mereka cerita uolsss… Tapi memang dah itu yang sampai ke telinga Miss K. Bukan dari satu sumber, tetapi ramai yamg menyampai...Mana tak panas telinga Miss K ni.

Apa yang pelik, bila Miss K dedahkan kisah pengacara terkenal tanah air seperti “diayam-ayamkan” pendatang baru, boleh pulak pelakon wanita ni meroyan di media sosial.

Lebih mengejutkan, apabila si pelakon wanita ini beri kenyataan kepada media untuk menutup kesalahan sendiri dengan mendedahkan nama dan memburuk-burukkan si pengacara. Choii!!

Helloooo, Miss K tak sebut pun siapa pengacara yang dimaksudkan, tiba-tiba tanpa kaji selidik si pelakon wanita ini membuat kenyataan yang menjatuhkan kredibiliti pengacara tersebut!

Hati ‘besi’ Miss K ni tiba-tiba jadi runtun sebab pengacara terkenal ni seorang yang sangat profesional bila bab bekerja.

Senang cerita,beliau sendiri dah melalui pelbagai kisah pahit manis dalam dunia hiburan tanah air sampai dah bergelar jutawan pun.

Awak tu baru setahun jagung dalam industri, baru kena jentik sekali dah melenting, macam mana nak bertahan lagi 10 atau 20 tahun akan datang?

Lagi satu, Miss K nak cakap ni, ruangan ini bukan hanya mencari kesalahan atau memburuk-burukkan nama-nama artis tempatan. Sekadar berkongsi cerita dan memberi teguran supaya ianya menjadi pengajaran dan tidak melakukan kesilapan yang sama!

Miss K pun bukan seorang yang sempurna untuk mencari kesalahan orang lain, tapi kalau betul ada melakukan kesalahan lebih baik kita bermaaf-maafan dari cuba membesar-besarkan keadaan.

Orang kata, kalau nak jadi individu yang berjaya jangan tanam sifat dendam dalam diri. Kalau tidak sampai bila-bila kita akan berada di tahap yang sama sahaja. Tak gituuuu????

Miss K: Jangan lupa tonton pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2016 Jumaat ini!

*Jika ada sebarang gossip atau cerita yang ingin disampaikan kepada Miss K, e-mel Miss K di [email protected] ya!