Kumpulan Shiro dan Taman membuktikan mereka sebagai peserta ‘otai’ Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018) yang masih bertahan untuk bersaing ke peringkat Separuh Akhir.

Pada minggu lalu, salah seorang juri, Scha Alyahya mengakui Shiro antara peserta kegemaran ramai penonton yang sering mengundi kumpulan tersebut.

Begitu juga, Taman menunjukkan persembahan yang konsisten pada setiap minggu sehingga meraih pujian juri.



Ketua juri, Douglas Lim berkata, adat pertandingan membuatkan peserta terpaksa menyahut cabaran yang diberikan dan berusaha membuat persembahan terbaik untuk mengatasi cabaran-cabaran ini dalam keadaan biasa.

"Tiada orang bagi halangan macam ini. Ia adalah pertandingan, jadi apa perlu buat," katanya.



Bagi peminat dan penonton MLM 2018, mereka juga boleh berhibur dengan aksi peserta-peserta ini menerusi program Maharaja Tak Pening.

Program yang berkonsepkan 'webseries-challenge' ini menampilkan dua kumpulan peserta MLM 2018 bersaing dalam setiap episod untuk mengumpul markah. Pasukan yang meraih markah paling banyak akan menerima gelaran Maharaja Tak Pening.

Menariknya, cabaran ini menggunakan permainan Virtual Reality (VR) dalam setiap episod di mana dua kumpulan berentap untuk mendapatkan markah.



Dalam episod 1, peserta perlu mengharungi pelbagai cabaran antaranya mengimbangi badan dalam permainan VR yang memerlukan mereka memanjat bangunan dan berjalan di atas tali. Pada masa sama, mereka diajukan soalan oleh Nabil Ahmad sebagai hos program tersebut.

Anggota kumpulan Taman, Man Posmen misalnya berdepan situasi mendebarkan apabila dia seolah berada di kawasan pergunungan sehingga menjerit selepas terjatuh dari tempat tinggi.

Dia ditanya beberapa soalan mengenai pengetahuan am yang membuatkan dia sukar untuk fokus menjawab soalan dan bermain VR tersebut. Tiba giliran Ajak untuk bermain VR sambil diajukan soalan, dia pula diusik Shahrol bersama Tauke dan Man yang mengeleteknya.

Program MLM Tak Pening ini disiarkan sebanyak 4 episod dan ia mampu menghilangkan pening kepala hanya menerusi satu tablet.

Produk Uphamol membantu kemeriahan MLM 2018 dalam persembahan jenaka yang menghiburkan dengan menghilangkan tekanan dan kerisauan disebabkan pening kepala.

Jangan lupa menyaksikan 4 episod , Maharaja Tak Pening eksklusif di Astro Gempak.

Teks oleh: Elrafaei Sapi