Pengacara dan pelakon Awal Ashaari mendedahkan masalah buta warna yang dihadapinya ketara kelihatan ketika mengacara majlis resepsi pelakon Elfira Loy baru-baru ini.

Menurut Awal, dia beranggapan pada malam acara tersebut dia memakai sepasang tuksedo hitam sebaliknya tidak.

"Ni antara moment #colorblind yang tak dapat dimaafkan!

"I hosted #elfaris wedding few nights ago thinking that I pakai all black tuxedo for black tie event.

"Bila tengok balik gambar @kakiphoto ambik ni, baru perasan Awal pakai seluar tuxedo biru dengan jacket hitam!!!

"Omg tak boleh terima lah! Tolonglahh jangan ingat ni pesen baru! Malunyaaaaaaaa!

"PA pun rabun warna lah kot. Dia yang hulurkan baju ni," tulis Awal.

Menerusi pemerhatian Gempak di laman komen, rata-rata netizen tidak perasan dengan kesilapan yang telah Awal lakukan kerana lebih tertumpu dengan kecantikan isterinya, Scha Alyahya.

Malah, terdapat segelintir pengikut menjadikan Awal sebagai idola fesyen mereka.

Difahamkan, majlis resepsi Elfira dan suaminya, Faris Khairol Anuar diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Elfira dan Faris diijabkabulkan pada 1 Januari 2019 yang lalu di sebuah majlis tertutup.

Ni antara moment #colorblind yang tak dapat dimaafkan! I hosted #elfaris wedding few nights ago thinking that I pakai all black tuxedo for black tie event. Bila tengok balik gambar @kakiphoto ambik ni, baru perasan Awal pakai seluar Tuxedo biru dengan jacket hitam!!! Omg tak boleh terima lah! Tolonglah jangan ingat ni pesen baru! Malunyaaaaaaaaaaa! ? PA pun rabun warna lah kot. Dia Yang Hulurkan baju ni! #schawal

A post shared by Awal Ashaari ® (@awalashaari) on