Pelakon Izzue Islam menjelaskan masa lima tahun perkahwinan merupakan fasa yang terbaik untuk dia mengenali hati budi isterinya, Awin Nurin.

Menerusi entri di Instagram (IG), Izzue berharap agar orang ramai dapat mendoakan dia dan isteri akan dikurniakan anak.

"Pok Jue lima tahun. Ada lagi ke yang lebih dari lima tahun? Pok Jue yakin ada hikmah disebalik kejadian.

"Terima Kasih kerana sentiasa mendoakan Pok Jue & @awinnurin dikurniakan anak.

Pokjue 5 tahun. Ade lagi ke yg lebih dari 5 tahun? Pokjue yakin ada hikmah disebalik kejadian. Terima Kasih kerana sentiasa mendoakan pokjue & @awinnurin dikurniakan anak. Kami juga doakan pasangan2 diluar sana yg belum dapat zuriat akan mendapat zuriat yg sihat & sempurna. Amin ??? . Write up by @jaydeesm

A post shared by i z z u e i s l a m (@izzueislam) on


"Kami juga doakan pasangan-pasangan diluar sana yang belum dapat zuriat akan mendapat zuriat yang sihat & sempurna. Amin," tulisnya.

Menerusi ruangan komen rata-rata berharap agar Izzue dan isterinya akan dikurniakan zuriat dan berharap agar mereka tidak berhenti berdoa dan terus berusaha.

Izzue dan Awin telah mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 selepas bercinta selama lima tahun.