Isteri kepada penyanyi Tomok, Ayu Abas mendedahkan sikap dua orang anaknya, Arrianshah Akid, 7
dan Andrashah Iman, 4.

Ayu berkongsi perkara itu menerusi coretan pendek di akaun Instagramnya hari ini.

Menurut Ayu, kedua-duanya saling merindui apabila berjauhan namun sebaik bertemu ada sahaja perkara yang ingin digaduhkan.

“Bila salah sorang tak ada masing-masing tanya... Mana… Mana... Tapi bila jumpa tak sah kalau tak gaduh.

“Ada saja yang nak direbutkan... Digaduhkan... Eloklah tag line mereka berdua bagi sendiri #memangriuhdanjugakecoh macam dalam lagu rockstarjr tu...” tulisnya.

Bila salah sorang takda..masing-masing tanya....mana..mana...tapi bila jumpa tak sah kalau tak gaduh....ada je yang nak direbutkan... digaduhkan...elokla tag line diarang berdua bagi sendiri #memangriuhdanjugakecoh mcm dalam lagu rockstarjr tu ?....

A post shared by @ ayu_abas on


Menerusi ruangan komen, pengikutnya juga berkongsi perangai anak-anak mereka yang hampir serupa dengan Arrian dan Andra.


Selain itu, rata-rata pengikutnya memuji kecomelan dan keutuhan kasih sayang antara Arrian dan Andra biarpun mereka masih kecil.

Foto: Instagram @ayu_abas