Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dihujani ucapan selamat ulang tahun kelahiran yang ke – 43 hari ini.

Namun apa yang menariknya, ucapan-ucapan yang diberikan netizen agak comel dan tidak ketinggalan juga bernada usikan.

Popular dengan panggilan ‘abah’, rata-rata netizen akui wajah Khairy atau lebih mesra dengan panggilan KJ ini tetap kacak walaupun mencecah usia 43 tahun.

Selain itu, netizen juga mendoakan kesejahteraan abah kesayangan negara ini dan berharap beliau sentiasa berada dalam keadaan yang sihat.

Dalam pada itu, sebagai tanda terima kasih di atas ucapan diberikan, KJ juga turut memuat naik foto terbaru di akaun Instagram miliknya yang merakamkan beliau sedang tersenyum.

“43 not out,” tulisnya ringkas.

43 not out.

A post shared by Khairy Jamaluddin (@khairykj) on

Manakala menerusi ruangan IG Story pula KJ menyatakan rasa terharu menerima ucapan-ucapan berkenaan.

“Hai, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua yang memberi ucapan hari jadi kepada saya hari. Terlalu banyak posting dan juga ucapan yang diberikan. Saya rasa sungguh terharu, terima kasih,” ujarnya.


Terdahulu, KJ merupakan pemimpin kesayangan belia dan sering dilihat sentiasa mengikuti perkembangan terkini golongan belia agar dapat berjalan seiring dengan mereka.

Foto: Instagram @khairykj