Watak yang dilakonkan oleh aktres Puteri Aishah dalam drama bersiri Selafaz Cinta mengundang rasa geram netizen.

Yay dpt masuk rumah Reza ? #selafazcinta @suhanmovies

A post shared by Official Puteri Aishah (@puteriaishahofficial) on


Membawakan karakter antagonis bernama Liza, rata-rata peminat meluahkan rasa marah di ruangan komen Instagram milik Puteri.





Liza menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Reza bersama Jannah yang dilakonkan oleh Saharul Ridzwan dan Syatilla Melvin.

Sedang hangat ditayangkan di slot Tiara, Selafaz Cinta mendapat sambutan positif netizen yang menggemari drama bersiri terbabit.

Malah, drama bersiri terbitan Suhan Movies itu juga sering trending di laman sosial Twitter.

Alhamdullilah. Terima kasih semua utk episod hari ni ??? Tadi mcm ramai yg #kesianReza jee.. Kita tgk esok, layak ke dia dikasihani ? Esok kita membawang lagi okay! ?? #SelafazCinta #suhanmovies #astroprima #astromayahd . SELAFAZ CINTA Isnin - Jumaat 6:00 petang Siaran ulangan jam 12 malam Astro Prima & Maya Hd

A post shared by Suhan Movies & Trading (@suhanmovies) on

Alhamdulillah terima kasih semua utk hari ni ?? Esok kita membawang lagi okay? #selafazcinta #suhanmovies #astroprima #astromayahd . SELAFAZ CINTA Isnin - Jumaat 6:00 petang Siaran ulangan jam 12 malam Astro Prima & Maya HD

A post shared by Suhan Movies & Trading (@suhanmovies) on


Selain Puteri, Saharul dan Syatilla, Selafaz Cinta turut dibintangi oleh Aqasha, Sharifah Sakinah, Fezrul Khan, Riz Amin dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan Selafaz Cinta setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang di Astro Prima dan Maya HD.