Pelakon berbakat besar, Nad Zainal tetap merendah diri walaupun sudah meraih beberapa anugerah yang membuktikan bakat lakonannya.

Pernah meraih trofi Pelakon TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular BH 2014 dan trofi Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2018, Nad mendedahkan dirinya tidak mempunyai hak untuk memilih hero gandingan dalam sesebuah karya.

Nad meluahkan perkara terbabit menerusi salah sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya.

Siapalah saya nak pilih hero itu ini... jika dia hero baru sekali pun jika latihan dan chemistry on screen berjaya dicipta, dua-dua akan nampak bagus. Saya hanya pelakon bukan cikgu lakon.. kita sama-sama memberi, and saya suka buat research sama-sama, and kita akan suggest satu sama lain movie apa yang patut ditonton sebagai rujukan. Being a DIVA tak membantu langsung, trust me ia hanya akan memburukkan anda dan pasangan lakon anda. Be nice to new comer...as a new comer 11 tahun lepas, saya masih ingat jelas siapa yang baik dan kekwat dengan saya.. ? tak selamanya kita di atas

A post shared by NZ (@nad.zainal) on


"Siapalah saya nak pilih hero itu ini... Jika dia hero baru sekali pun jika latihan dan chemistry on screen berjaya dicipta, dua-dua akan nampak bagus.

"Saya hanya pelakon bukan cikgu lakon... Kita sama-sama memberi, and saya suka buat research sama-sama, and kita akan suggest satu sama lain movie apa yang patut ditonton sebagai rujukan," tulis Nad.

Tambah Nad, menjadi seorang diva tidak membantu dan dia masih mengingati dengan jelas siapa yang baik dan sombong dengan dirinya 11 tahun lalu.

"Being a DIVA tak membantu langsung, trust me ia hanya akan memburukkan anda dan pasangan lakon anda. Be nice to new comer...

"As a new comer 11 tahun lepas, saya masih ingat jelas siapa yang baik dan kekwat dengan saya.. Tak selamanya kita di atas," tulisnya lagi.

Nad memulakan kerjayanya dalam bidang lakonan semenjak tahun 2008 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.