Jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida telah pergi ke sekolah anaknya, Nur Edlynn Zamilleen atau lebih dikenali sebagai Cik B untuk membuat kejutan.

Perkara itu dikongsi Vida menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagramnya semalam.

Dalam video tersebut, Vida telah membuat surprise untuk Cik B dengan tiba-tiba datang ke sekolahnya dan memberikan hadiah berupa sebuah buku nota eksklusif jenama Louis Vuitton (LV).

"Saya buat surprise untuk Cik B, gigih waaupun hujan, hari ni ada masa sikit.

"Tapi Cik B tak terkejut sangat sebab masa dia beratur, dia dah tengok Instagram saya," tulisnya sebagai kapsyen.

Seperti biasa, ruangan komen dipenuhi dengan pelbagai reaksi dari netizen, ramai yang mengecam tindakan usahawan ini dengan mengatakan dia menunjuk-nunjuk dan ada juga yang melihat perkara itu secara positif.

"DSV sama juga dengan ibu-ibu lain, buat anak happy is the best moment.

"Bertuahnya Cik B, belajar rajin-rajin ya.

"Seorang ibu akan sentiasa nak tunjuk sayang dekat anak, tak kira apalah caranya," tulis netizen.

Renungan seorang Pejuang.. DSV..inilah Dunia DSV Kejar & Wajib dapat kekayaan Dunia.. Kejar & wajib dapat kekayaan Akhirat . . Ujian yg Ku lalui adalah tiket Untuk ku raih kejayaan luar BIasa. . Salam Asar

A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on