Nampaknya tindakan kerajaan melarang orang ramai merokok di premis makanan dan restoran bukan saja mengundang pelbagai persepsi termasuk golongan selebriti yang juga terkesan.

Pelakon popular, Namron antara selebriti yang terpaksa akur dengan arahan tersebut sehingga memuat naik di status media sosialnya terhadap isu tersebut.

Apa yang menarik perhatian netizen sebenarnya, dia membahasakan diri sebagai Tok Ayah turut membawa bersama pita pengukur untuk memastikan dia mengikut arahan yang dikuatkuasakan pada perokok.

"Tok Ayah dah ready nak pi kedai mamak. Sapa kata tak cukup 3 meter Tok Ayah ketuk kepala hampa dengan pita tape ni," katanya di Instagramnya, @_nam_ron_.

Tok Ayah dah ready nak pi kedai mamak. Sapa kata tak cukup 3 meter Tok Ayah ketuk kepala hampa dengan pita tape ni.

A post shared by Tok Ayah (@_nam_ron_) on


Namron juga memuat naik foto dia bersama pita pengukur yang diletakkan di pinggangnya.

Status pengarah filem One Two Jaga itu nyata menghiburkan netizen dengan jenaka sinis.

"Laaa spoting gak tok ayah ni igt kn sentiasa garang dan tegas hahaha.....," kata netizen dikenali sebagai @remyyfalcao.

Netizen @mohdfaizmohamadsamsi berpandangan filem lakonan Namron turut menampilkan babak bersama rokok.

"bagus tok ayah @_nam_ron_ mematuhi undang undang menjadi contoh kepada generasi muda," kata netizen @tokimime_np1611.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @_nam_ron_