Berita gembira buat penyanyi bersuara lunak, Dayang Nurfaizah yang dijangka bakal mengadakan konsert pada pertengahan tahun ini!

Konsert yang bakal diterbitkan oleh Shiraz Projects itu bakal meraikan kerjaya seni Dayang yang kini mencecah usia 20 tahun.

Perkara itu turut disahkan oleh Dayang menerusi media sosial Twitternya.

Konsert 20 tahun Dayang dijadualkan berlangsung pada 21 Julai 2019 di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Pengumuman itu mengujakan peminat setianya yang tidak sabar menantikan konsert solo itu.

Kali terakhir Dayang mengadakan konsert solonya ketika di Esplanade, Singapura pada Januari 2018.