Penyanyi Ippo Hafiz memohon maaf atas kekeliruan yang timbul apabila dia sering memuat naik foto mesra bersama seorang instafamous, Fara Roslan.

Ramai peminat Ippo terkeliru dan menganggap komposer itu sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Fara.

Malah, ada juga netizen yang beranggapan Ippo dan Fara telah mendirikan rumah tangga.

Ippo menjelaskan perkara terbabit menerusi salah sebuah entri di laman Instagram miliknya.

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih buat @fararoslanx kerna sudi menjadi model untuk Music Video “Saat Bahagia”. Kamu benar-benar memberi semua orang merasai, Semoga suatu hari nanti kita bisa bergabung kembali. Terima kasih kepada semua team produksi yang menjayakan dari mula persediaan shooting proses Music Video sampai ke proses editing. syukur dengan penerimaan positif Music Video ini. Alhamdulillah kita berhasil dan berkongsi rasa dengan semua penonton. Syukur kepada Tuhan YANG MAHA AGUNG kerna memberikan Ilham yang indah ini untuk saya bisa kongsikan kepada umum. Andai kata saya Muhammad Hafiz Yaziz atau di kenali sebagai Ippo hafiz telah membuat semua keliru dengan gambar-gambar sebelum ini, Saya dengan rasa rendah diri dan tulus hati ingin Memohon Maaf kepada semua. Tiada niat lain hanyalah berkongsi moment & kenangan dalam proses pembikinan Music Video buat semua. Semoga lagu ini bakal di jadikan lagu tema 2019 persandingan, buat pasangan bakal pengantin. Lalui lah “Saat Bahagia” kalian bersama. cinta haruslah saling melengkapi, jangan pernah bosan untuk coba bahagiakan pasangan masing. Carilah kebahagian dengan syukur, kerna bila anda sentiasa bersyukur kebahagiaan itu akan muncul tanpa anda sedari. insya”Allah. Terima kasih juga kepada sahabat & selaku producer bersama @rudynastia yang sanggup berjaga malam untuk memastikan proses recording berjalan lancar dari minggu ke minggu bersama para musisi,kita berjaya sekali lagi menghasilkan produksi lagu Bahagia, Saya juga ingin mengucapkan Terima kasih kepada Bang @fedtriyahya untuk gabungan lirik dan juga pencetus idea untuk menjadikan “Saat Bahagia” ada featuring @sherylshazwanie . Terima kasih @sherylshazwanie Sudi bergabung bersama abang?. Abang buat lagu sedap punya untuk sheryl lepas ni???. Thanks to bro @alexstarmount untuk sesi recording vocal ?. kita dapat hasilnya itu??. dan akhir sekali terima kasih kepada bro @felixvoonmix untuk proses mixing & editing semua. Sanggup menyiapkan lagu “Saat Bahagia” sebelum berlepas ke TAIWAN. THANKS TO @azamulashraff & team untuk proses set-up Music Video. kita berjaya hasilkan????. link Music Video ada Bio saya☝️. #saatbahagia @mvm_production

A post shared by IPPO HAFIZ (@ippohafiz) on


"Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih buat @fararoslanx kerana sudi menjadi model untuk muzik video “Saat Bahagia”.

"Kamu benar-benar memberi semua orang merasai, Semoga suatu hari nanti kita bisa bergabung kembali.

"Terima kasih kepada semua team produksi yang menjayakan dari mula persediaan shooting proses muzik video sampai ke proses editing. Syukur dengan penerimaan positif muzik video ini.

"Alhamdulillah kita berhasil dan berkongsi rasa dengan semua penonton. Syukur kepada Tuhan YANG MAHA AGUNG kerna memberikan ilham yang indah ini untuk saya bisa kongsikan kepada umum.

"Andai kata saya Muhammad Hafiz Yaziz atau dikenali sebagai Ippo Hafiz telah membuat semua keliru dengan gambar-gambar sebelum ini, saya dengan rasa rendah diri dan tulus hati ingin memohon maaf kepada semua.

"Tiada niat lain hanyalah berkongsi moment & kenangan dalam proses pembikinan muzik video buat semua. Semoga lagu ini bakal di jadikan lagu tema 2019 persandingan, buat pasangan bakal pengantin.

"Laluilah “Saat Bahagia” kalian bersama. cinta haruslah saling melengkapi, jangan pernah bosan untuk cuba bahagiakan pasangan masing. Carilah kebahagian dengan syukur, kerana bila anda sentiasa bersyukur kebahagiaan itu akan muncul tanpa anda sedari. Insya-Allah.

"Terima kasih juga kepada sahabat & selaku produser bersama @rudynastia yang sanggup berjaga malam untuk memastikan proses recording berjalan lancar dari minggu ke minggu bersama para musisi, kita berjaya sekali lagi menghasilkan produksi lagu Bahagia.


Selain itu, Ippo turut berterima kasih kepada penulis lirik popular, Ahmad Fedtri Yahya dan penyanyi baru, Sheryl Shazwanie yang berkerjasama dengannya dalam menghasilkan lagu Saat Bahagia.

"Saya juga ingin mengucapkan Terima kasih kepada Bang @fedtriyahya untuk gabungan lirik dan juga pencetus idea untuk menjadikan “Saat Bahagia” ada featuring @sherylshazwanie.

"Terima kasih @sherylshazwanie Sudi bergabung bersama abang. Abang buat lagu sedap punya untuk Sheryl lepas ni. Thanks to bro @alexstarmount untuk sesi recording vocal.

"Kita dapat hasilnya itu. Dan akhir sekali terima kasih kepada bro @felixvoonmix untuk proses mixing & editing semua. Sanggup menyiapkan lagu “Saat Bahagia” sebelum berlepas ke Taiwan.

"Thanks to @azamulashraff & team untuk proses set-up muzik video. Kita berjaya hasilkan. Link muzik Video ada bio saya. #saatbahagia @mvm_production," tulis Ippo panjang lebar.

Lagu Saat Bahagia merupakan lagu tema bagi drama bersiri Pujaan Hati Kanda lakonan Remy Ishak dan Mira Filzah yang sedang hangat bersiaran di kaca televisyen.