Penyanyi Lan Solo akui menerima dugaan bertimpa-timpa apabila isteri dan anak-anaknya jatuh sakit secara serentak.

Lan berkata dia terpaksa berulang-alik ke hospital dan rumah selepas isterinya perlu menjalani pembedahan membuang bisul, sementara anak-anaknya sakit di rumah.

“Isteri saya menjalani pembedahan membuang bisul di pehanya hari ini selepas menahan sakit hampir seminggu.

“Saya agak huru-hara sedikit hari ini kerana terpaksa ulang alik ke hospital dan rumah kerana anak-anak di rumah pula masing-masing tidak sihat.

“Terus-terang badan saya pun sudah ‘lemau’ sekarang ini.

“Tak boleh nak gambarkan perasaan ketika ini, saya reda dengan ujian ini,” katanya kepada Gempak ketika dihubungi.

[BACA: “Moga Segalanya Dipermudahkan...”- Isteri Lan Solo Jalani Pembedahan]

Namun Lan menanggap dugaan yang diterima sebagai tanda sayang Maha Pencipta kepadanya.

“Harapan saya moga semua ni berkahir dengan baik.

“Saya anggap sahaja semua dugaan ini seabgai tanda kasih saya dari Tuhan,” katanya.
Lan dan Sheila mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2009. Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, 8, Nur Amna Qeesyara, 6, Muhammad Akid Qassyaff, 4 dan Nur Amna Quxandra, yang dilahirkan 24 Februari lalu.