Pelakon cantik, Anzalna Nasir, 31, mengesahkan dia sedang hamil anak sulung hasil perkahwinannya dengan ahli perniagaan, Hanif Zaki.

Anzalna mengumumkan berita gembira ini menerusi entri terbaru di laman Instagram miliknya.

Anzalna memuat naik video kejutan pengumuman kehamilan yang diberikan kepada ahli keluarganya serta majlis doa selamat sekitar sambutan hari lahir Anzalna yang disambut hari ini, 9 Januari.

The moment i’ve been waiting for.. Allah knows what is the best for you and when its best for you to have it. On this special day, on my birthday, I would like to share with all of you that @hanif_zaki and i are expecting our first baby????Syukur Alhamdulillah.. Terima kasih kepada semua yang selama ni mendoakan Anzalna dan suami untuk menerima zuriat. Benar! Jodoh, rezeki, rezeki zuriat atau ajal maut menjadi rahsia-Nya tak perlu kita mempersoalkannya. Yang penting kita berusaha, berdoa dan tawakal. #AnugerahTerindahDalamHidup #4MonthsPregnant Watch full video at https://youtu.be/k8FJ7cdj1Lg Videographer: Thank you for the memorable video. @the.affiliates @aizatrush

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on


"The moment I’ve been waiting for.. Allah knows what is the best for you and when its best for you to have it.

"On this special day, on my birthday, I would like to share with all of you that @hanif_zaki and I are expecting our first baby.

"Syukur Alhamdulillah.. Terima kasih kepada semua yang selama ni mendoakan Anzalna dan suami untuk menerima zuriat.

"Benar! Jodoh, rezeki, rezeki zuriat atau ajal maut menjadi rahsia-Nya tak perlu kita mempersoalkannya. Yang penting kita berusaha, berdoa dan tawakal," tulis Anzalna.

Pelakon drama bersiri Dendam Aurora itu turut meletakkan hashtag #AnugerahTerindahDalamHidup #4MonthsPregnant di entri terbabit.


Di ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada Anzalna dan suami serta tidak sabar mahu menantikan kelahiran cahaya mata pertama mereka.

Anzalna dan Hanif mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016 selepas beberapa tahun menyulam cinta.