Pelakon Kamal Adli kini aktif melakukan kerja-kerja amal bersama kelab peminatnya.

Menerusi laporan H Live, Kamal mengatakan dia berpuas hati apabila dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik.

"Rasa nak lakukan kerja amal tu pada mulanya datang dengan sendirinya dan ia memang memberi kepuasan kepada diri saya.

"Saya telah berkerjasama dengan fan club saya untuk melakukan aktiviti CSR dan sebagainya, kami tidak akan teragak-agak untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik, jika tiada kekangan dari segi masa, pasti kami akan laksanakan.

"Saya juga mahu orang ramai mengenali saya di luar kaca TV kerana mereka hanya mengenali saya menerusi watak yang dilakonkan sahaja sebelum ini," ujarnya.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).