Mungkin ramai peminat terlupa bahawa pengarah drama terkenal, Rashid Sibir pernah mengarah filem berjudul Laila Isabella yang turut menjadi fenomena dalam kalangan penonton suatu ketika dulu.

Rashid sebelum ini lebih dikenali dengan drama bersiri, Tanah Kubur, berkongsi kenangan filem tersebut bersama netizen di media sosial.

Filem genre romantik komedi itu pernah ditayangkan pada tahun 2003 yang menampilkan pelakon jelita, Nasha Aziz digandingkan dengan hero Malaya, Datuk Rosyam Nor ketika itu.

Satu foto dikongsi Rashid yang menunjukkan dia bersama dua pelakon popular itu ketika penggambaran filem berkenaan.

"Gandingan mantap Rashid Sibir, Rosyam dan Nasha," katanya menerusi Instagramnya, @rashidsibir, hari ini.

LAILA ISABELLA..gandingan mantap rashidsibir.rosyam.nasha

A post shared by TV FILM DIRECTOR/PRODUCER (@rashidsibir) on


Nyata, perkongsian gambar itu membuatkan netizen juga nostalgia bersama sambil mengingati semula babak dan dialog dalam filem itu.

"Cerita ni saya tgk ulang2 sampai vcd rosak. Cerita ni best. Lagu Allahyarham Sudirman. Lagu cinta mengusik jiwa. Bnyk penceritaan. Semangat setia kawan. Gandingan pelakon hebat syanie, saiful apek, rosyam, nasha, hans isaac, liza hanim. Nak tengok lagi gandingan ni," kata netizen dikenali sebagai @hanasznh.

Salah seorang pelakon dalam filem itu, Saiful Apek juga memuat naik semula atau 'repost' status Rashid itu di Instagramnya, @saifulapek.

"Kt IG sy, dh meleleh2 komen kluar dari baldi," katanya.

Begitu juga netizen @_utluvdrama_75 mengakui dia sering menonton filem tersebut berulang kali dan merindui lakonan Nasha.

Ada juga netizen @ema_norizan memberi cadangan pada Rashid agar membuat sambungan filem tersebut.

"Smbg balik crita ni kan best.. Byk adegan lucu tau.. Part lagu2 tu..," kata netizen @_neesz_.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @nashaaziz & iamrosyam