Isteri kepada Izzue Islam, Awin Nurin mendedahkan keputusan untuk melakukan pembedahan Ganglion Wrist Cyst di pergelangan tangan kirinya diambil dalam keadaan yang tidak diduga.

Menurut Awin, pada mulanya dia ke hospital hanya untuk membuat pemeriksaan ke atas benjolan ditangannya yang sering berasa kebas.

Namun setelah diperiksa, doktor menasihatinya untuk membuang ketumbahan tersebut kerana ia menggangu saluran darahnya.

“Sebenarnya saya dah lama mengalami rasa kebas tangan yang sangat kuat. Terutama bila setiap kali bangun tidur, rasa kebas itu amat menggangu.

“Kerana tidak terlalu tahan dengan keadaan itu, saya pun pergi berjumpa doktor dan membuat pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan, doktor mendapati ia merupakan ketumbahan kecil.

“Doktor menasihatkan saya untuk buang ketulan itu. Ketulan itu mungkin ketumbahan biasa yang tidak merbahaya tetapi ia akan menggangu saluran darah jika dibiarkan,” katanya kepada Gempak ketika dihubungi.

[BACA: "Minor Operation... Tidak Merbahaya, Cuma...." - Izzue Islam Bersyukur Isteri Selamat Jalani Pembedahan]

Awin berkata pada mulanya dia menolak untuk melakukan pembedahan tersebut kerana terlalu takut.

Namun, Izzue sentiasa memberi sokongan dan memujuknya agar dia dapat menjalani pebedahan itu dengan tenang.

“Saya ni sejenis seorang yang penakut bila melibatkan jarum dan rawatan hospital.

“Bila doktor kata suruh bedah, lagi saya takut. Nasib baik ada Izzue yang terus memujuk agar saya tidak terlalu bimbang menjalani pembedahan itu,” katanya lagi.

Awin dinasihatkan untuk berehat dan tidak melakukan kerja berat selama dua minggu sebelum pulih sepenuhnya.