Penyanyi Lan Solo memaklumkan isterinya, Sheila Razlan bakal menjalani pembedahan kecil hari ini.

Lan berharap agar pembedahan itu selamat dan berjalan dengan lancar.

“Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.”

“Isteri sy.. puan @sheilarazlan akan menjalani pembedahan kecil hari ni.. Doakan segalanya dipermudahkan ya.. Aaamiiinnn .

“Syg relax je k.. i dah kawtim ngan doc & misi mlm td.. sekejap je tu! .
Syg cpt2 sihat tau.. sunyi buat keje sorg2! .
Lebiu...”
tulisnya.

Lan berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.

Menerusi entri tersebut, Lan memuat naik foto tangan isterinya yang digengam.

Rata-rata pengikut IGnya turut mendoakan agar segala urusan itu dipermudahkan dan selamat.