Penyanyi yang popular menerusi lagu Amalina, Santesh Kumar tampil membuat permohonan maaf terbuka berhubung tindakan menyarung kemeja-T yang didakwa menghina bendera Malaysia.

Santesh yang tampil membuat persembahan menerusi sebuah program hiburan siaran TV3 membuat permohonan maaf itu menerusi Instagramnya.

"Saya Santesh dengan rendah diri ingin memohon maaf diatas perkara yang telah berlaku dan tular pada hari ini.

"Saya tidak mempunyai sebarang maksud untuk menghina atau mempersendakan bendera Malaysia sebaliknya hanya menggunakan baju tersebut atas pemberian kepada saya.

"Saya juga berharap perkara ini tidak diperbesarkan. Terima kasih," tulisnya bersama sepotong video.

Dear Malaysian, saya Santesh dengan rendah diri ingin memohon maaf diatas perkara yang telah berlaku dan tular pada hari ini. Saya tidak mempunyai sebarang maksud untuk menghina atau mempersendakan bendera Malaysia sebaliknya hanya menggunakan baju tersebut atas pemberian kepada saya. Saya juga berharap perkara ini tidak diperbesarkan. Terima kasih ?? #love #peace #on #datuentertainment @datuentertainment @hadi_rumnan @harry_khalifah @rabbit.mac @pu4lyf_entertainment

A post shared by Santesh (@iamsantesh) on


Menerusi rancangan Senang Terhibur yang bersiaran pada Ahad lalu, Santesh muncul menyarung baju yang memaparkan lukisan bendera Malaysia.

Namun, bahagian kotak yang sepatutnya diletakkan bulan dan bintang telah digantikan dengan tanda pagar (#).

Perkara itu mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen dan menganggap tindakan itu mempersendakan Jalur Gemilang.