Penyanyi Aizat Amdan memaklumkan bapa kesayangannya, Datuk Amdan Hj Mat Din telah meninggal dunia awal pagi tadi.

Berita duka itu disampaikan oleh Aizat menerusi entri terbaru di Instagram Stories.

"Assalamualaikum, dukacitanya, ayah saya Amdan bin Hj Mat Din telah meninggal dunia jam 1:10 am tadi. Rabu 9hb 2019. Al-fatihah," tulisnya.



Menurut Aizat, jenazah sekarang ini berada di rumah keluarganya di Taman Ampang Utama sehingga jam 11 pagi ini.

Kemudian, jenazah akan diuruskan di Kampung Melayu Ampang serta dijadual akan dikebumikan selepas solat Zohor.



Mengikut laporan media sebelum ini, Allahyarham telah terlantar sakit akibat angin ahmar serta tidak boleh bercakap sejak penghujung tahun 2017.