Selebriti popular, Sharifah Shahira atau Shiera bertanya kepada peminatnya tentang perkara yang disukai tentang dirinya selain dari kebolehan untuk berjenaka.

Shiera menanyakan perkara itu menerusi kapsyen yang ditulis dalam sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

"Kenapa korang follow saya?

"Apa yang suka sangat pasal saya, selain kelakar," tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan respon positif dan memuji Shiera, ramai yang mengatakan dia tidak hipokrit dan selesa menjadi diri sendiri.

"Akak tak fake dan menjadi diri sendiri.

"Akak jenis selamba, takda nak control.

"Tak hipokrit dan kelakar," tulis netizen.



Yuhuuuu..hmmmmmm Kenapa korang follow aku Apa yang suka sangat pasal kita SELAIN KELAKAR

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy) on


Shiera mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 1993 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.