Usahawan popular, Datin Vivy Yusoff mahu mendaftar akaun di YouTube buat dua orang anaknya iatu Daniel Azim Shah dan Mariam Iman Shah.

Menerusi laporan H Live, Vivy mengatakan dia suka melihat Daniel dan Mariam berinteraksi sesama sendiri dan merasakan mereka mempunyai potensi untuk memiliki akaun YouTube sendiri.

"Saya akan aktif di YouTube mulai tahun ini memandangkan berkongsi video adalah cara yang agak cepat berbanding blogging.

"Selain itu, saya memang merancang untuk mendaftar akaun untuk Daniel dan Mariam kerana mereka berminat dan berpotensi untuk melakukannya, saya suka melihat mereka berbual sesama sendiri," ujarnya.

Selain Daniel dan Mariam, Vivy turut dikurniakan cahaya mata ketiga iatu Sarah Ilham Shah yang dilahirkan pada 10 0ktober tahun lalu.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).