Meskipun tersingkir, kumpulan Masin sebenarnya antara peserta kegemaran juri, Scha Alyahya yang dinilai pada awalnya berpotensi ke final.

Ujarnya, Masin disifatkan sebagai kumpulan 'underdog' dalam saingan program Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018) pada setiap minggu.

"Namun, pada minggu kedua dan ketiga persembahan mereka nampak hilang di tengah-tengah mungkin sebab kurang idea atau perlaksanaan itu tidak sampai dan tidak boleh dikembangkan macam mana," katanya kepada Astro Gempak.



Tambahnya, persembahan Masin semakin lama seolah hilang tenaga dan tiada intipati.

"Saya ingat lagi, saya kata pada diri saya sendiri, mereka (Masin) ada peluang dan antara peserta 'underdog' yang akan mara sekurang-kurangnya ke final.

"Tapi bila nampak dari minggu ke minggu, mungkin idea mereka kurang," katanya.

Menilai persembahan semua peserta pada minggu ke-10 minggu lalu, Scha berpendapat peserta 'otai' menunjukkan persembahan paling menyerlah.

"Semua 'outstanding' cuma yang membezakan mereka adalah idea. Bila tiada idea mereka nampak tak larat tapi saya boleh cakap kegemaran semua dari Top 3 yang orang di luar sana selalu mengundi selalunya Shiro.

"Puteh yang mula sangat lemah tapi sekarang mereka ada kekuatan dan ada pengikut yang sangat besar. Zero pun sama cuma saya harap selepas ini mereka 'pick up' sebab tinggal 2 minggu, kalau mereka hilang pada minggu depan rasa sayang sangat," katanya.



Scha mengakui dia juga mengambil kira sorakan penonton dalam menentukan keputusan terhadap peserta MLM 2018.

"Saya belajar pandangan berbeza dengan pandangan orang lain. Saya tengok pandangan sebanyak 50 peratus dan tengok penerimaan peminat, 50 peratus.

"Daripada situ saya tengok adakah mereka gembira dan terhibur tapi kalau saya rasa masih tidak sama rata dengan apa yang saya rasa, saya akan ikut diri saya.

"Kebanyakan 'ha' yang saya bagi adalah kepada penonton di mana saya tahu mereka terhibur dan 'ha' untuk semangat. Markah yang saya bagi lebih kurang 'ha'," katanya.

Jangan lupa menonton MLM 2018 setiap Jumaat jam 9 malam menerusi Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan On Demand.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: Astro Gempak