Penyanyi Aishah mendedahkan sejak bertudung pada tahun 2006, dia semakin kurang ke salun rambut.

Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin berkata keinginannya untuk melakukan gaya rambut seperti sebelum bertudung dahulu tiada lagi.

“Sejak bertudung dari tahun 2006, visits to the hairdresser semakin kurang. Hinggakan dah jadi joke between my hairdresser yg kita jumpa setahun sekali hahahaha. Alhamdulillah,sejak 26hb.Jan 2006 I bertudung,dan tak ada lagi keinginan nak buat rambut 'kepuk2',” tulisnya.

Pelantun lagu Camar Yang Pulang itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.

Aishah berharap agar dia sentiasa istiqamah dalam menjaga auratnya kerana dia akui imannya sentiasa turun dan naik.

“Semoga Allah swt.tetapkan iman utk sentiasa menutup aurat dgn.sempurna.Iman kita ni sentiasa turun naik so please doakan I ok. Harap-harap 2019 ni kita buat baju yg.berfesyen tapi patuh syariah please...

“Kita belajar dan tak berhenti belajar utk.memperbaiki segala kekurangan.Hihihi sekian tazkirah maghrib malam ini.Jom Isyak,” katanya lagi.

Sejak bertudung dari tahun 2006,visits to the hairdresser semakin kurang.Hinggakan dah jadi joke between my hairdresser yg kita jumpa setahun sekali hahahaha.Alhamdulillah,sejak 26hb.Jan 2006 I bertudung,dan tak ada lagi keinginan nak buat rambut 'kepuk2'.Semoga Allah swt.tetapkan iman utk sentiasa menutup aurat dgn.sempurna.Iman kita ni sentiasa turun naik so please doakan I ok.@shahrellnaser and @noorbynoranorell harap2 2019 ni kita buat baju yg.berfesyen tapi patuh syariah please...Kita belajar dan tak berhenti belajar utk.memperbaiki segala kekurangan.Hihihi sekian tazkirah maghrib malam ini.Jom Isyak

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm) on