Bintang Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM2018), Bocey akui tidak pernah terfikir untuk merebut gelaran juara sebaliknya menganggap itu adalah rezeki masing-masing.

Fad menerusi entri terbaru di akaun Instagram miliknya memberitahu gelaran juara yang disandang oleh mereka pada MLM tahun lalu bukanlah penentu segalanya.

“Tidaklah kejarkan gelaran juara, tidak juga kami terlalu selesa dengan title pernah menjadi juara, tidak pula kami tak usaha untuk berikan yang terbaik setiap minggu.

“Kadang-kadang makanan pun adakalanya sedap ada kalanya sebaliknya. Begitu juga dengan persembahan lawak.

“Doakan moga kami dapat sajikan lawak-lawak yang dapat puaskan hati semua peminat-peminat kami.

“Untuk @fadrangers dan penyokong-penyokong Bocey terima kasih sebab sentiasa bersama dari minggu pertama. Doakan moga rezeki Bocey dapat ke final. Amin,” tulisnya.

Tidaklah kejarkan gelaran juara ,tidak juga kami terlalu selesa dengan title pernah menjadi juara ,tidak pula kami tak usaha utk berikan yg terbaik setiap minggu .kadang2 makanan pun adakalanya sedap ada kalanya sebaliknya .begitu jugak dengan persembahan lawak .doakan moga kami dapat sajikan lawak2 yg dapat puaskan hati semua peminat2 kami .utk @fadrangers dan penyokong2 bocey terima kasih sebab sentiasa bersama dri minggu pertama .doakan moga rezeki bocey dapat ke final .Amin Picture taken by @aqoimran thank you aqo ??

A post shared by FAD & SYAHEERA (@fadbocey) on

Sementara itu, ruangan komen posting tersebut dihujani dengan kata-kata semangat oleh peminatnya.

“@fadbocey apa-apa pun Bocey is ohsem bukan senang buat lawak harus mencari walau pun takdir ada rezeki ke final bocey berdiri teguh,” komen @mrcute97

“Amin… Saya sentiasa menyokong kumpulan Bocey dari MLM2013 lagi sebab lawak-lawak Bocey ni lain pada lain tapi pape pun, buat yang terbaik untuk separuh akhir nanti. Lawan habis-habisan kasi gegar stage ketika buat persembahan.

“Keluarkan segala punchline yang perfect tunjukkan taring Bocey yang sebenar bagi semua orang gelak terbahak-bahak sampai keluar air mata dan terus dapat 5 ha dari juri.

“Dan saya berharap sangat-sangat Bocey akan bergelar juara MLM2018 buat kali ketiga berturut-turut. Amin. Bocey my favourite. Bocey sentiasa di hati,” coret @farishalid98

Jangan lupa menonton MLM 2018 setiap Jumaat jam 9 malam menerusi Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan On Demand.

Foto: Instagram @fadbocey