Pengacara Datuk Aznil Nawawi atau lebih dikenali Pak Nil meluahkan rasa kesalnya apabila ditipu oleh peniaga ‘Online’.

Menerusi entri di Instagram (IG), Pak Nil berkongsi barangan yang disiarkan dalam talian berbeza dengan barang dia dapat selepas membeli.

“Nak buat duit pun, hagak-hagaklah,” tulisnya ringkas.

Nak buat duit pun, hagak2 lah...?

A post shared by Datuk Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawihm) on


Menerusi posting tersebut juga Pak Nil berharap orang ramai lebih jujur dalam melakukan perniagaan dan mengingatkan pembeli supaya lebih berhati-hati agar tidak menimpa nasib yang sama sepertinya.

Rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Pak Nil dan ada juga yang berkongsi kisah sama apabila mereka juga menjadi mangsa perniaga ‘Online’.