Penyanyi Tomok melahirkan rasa syukur apabila diberikan peluang untuk kembali bergabung semula bersama anggota kumpulan New Boyz yang lain.

Menerusi entri di Instagram (IG), Tomok berkongsi gambar bersama anggota New Boyz ketika melakukan jamming bersama-sama.

“Jamming ‘Meraung’ bersama Along, Jay, Lan dan Zack . Ya Allah happy taktau nak cakap macam mana.

“Selepas beberapa tahun kami tak beraksi bersama. Comeback is real guys! New Boyz is back.

“Saya baca semua komen korang yer, saya pun rindu nak perform dengan mereka. Saya ada beberapa soalan nak tanya dengan korang ni, perlu atau tidak New Boyz record lagu baru atau maintain lagu yang sedia ada .

“Kami plan nak buat showcase atau konsert berikan lokasi yang sesuai untuk menyambut 20 tahun New Boyz dalam industri.

“Saya plan nak bawa Syuk, Afiez, Rizz dan Ristoe bersama on tak on?,” tulisnya.

jamming ‘MERAUNG’ bersama ALONG,JAY,LAN dan ZACK . YA ALLAH happy taktau nak cakap macam mana..selepas beberapa tahun kami tak beraksi bersama . comeback is real guys!!! NEWBOYZ is BACK

A post shared by Tomok (@tomokofficial) on


Rata-rata mengakui tidak sabar untuk menantikan kemunculan semula New Boyz dan mendoakan agar mereka dapat mengembalikan zaman kegemilangan kumpulan itu semula.