Pelakon Sherry Ibrahim akui lega apabila bagasinya yang didakwa hilang di Oman sudah dijumpai.

Menurut Sherry, bagasinya itu tidak dapat dikesan kerana dipercayai dibawa terbang hingga ke London.

Bagaimanapun, Sherry agak kecewa apabila mendapati bagasinya tidak berada dalam keadaan baik dan ada kerosakan.

“Alhamdulillah! Dah tak nangis cause now you are wth me here in Doha ... but kindda upset cause ade defect on you .. Kesian bag i sampai ke london ...” tulisnya.

Sherry berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya

[BACA: "Tiada Pakaian, Tiada Toiletries" - Bagasi Sherry Ibrahim 'Hilang' Di Oman ]

Bagasi Sherry difahamkan tidak dapat dikesan ketika tiba di Doha dua hari lalu.

Sherry meluangkan masa bercuti di Qatar sejak seminggu lalu dan pelakon itu difahamkan masih berada di Doha.

Alhamdulillah! Dah tak nangis cause now you are wth me here in Doha ... but kindda upset cause ade defect on you .. Kesian bag i sampai ke london ... ? . P/S : abaikan baju and seluar same untuk dua hari ? CC : #emiratesairlines

A post shared by Sherry Ibrahim (@sherryibrahim) on