Berita baik dari CUCKOO! Bagi meneruskan langkah cemerlang, Di tahun 2019 ini, CUCKOO dengan bangganya telah memperkenalkan CUCKOO FRIENDS 2019 yang dibarisi oleh nama-nama besar tempatan, yang mewakili falsafah CUCKOO iaitu Beyond Standards, atau melangkaui kebiasaan, disamping hala tuju CUCKOO untuk mencipta kediaman sihat buat semua.
Di sini, kami perkenalkan kepada anda barisan CUCKOO FRIENDS 2019.
1. NICHOLAS TEO
PENYANYI, PENGACARA, PELAKON
Dinobatkan sebagai Artis Yang Paling Disarankan oleh media, dan "Putera Senyuman" berikutan personaliti memukaunya, popularitinya meningkat naik hasil kerja keras selama bertahun-tahun, bermula dari pertandingan nyanyian peringkat rendah, hinggalah memiliki kareer prolifik dengan memiliki 2 lagu pemenang anugerah Golden Melody dan 1 anugerah mini album terbaik.
Bakat dan keikhlasannya bukan sahaja dihargai para peminat industri, malah usahanya dalam aktiviti kitar semula serta pencemaran telah mendapat pujian ramai.
2. DR SHEIKH MUSZAPHAR
ANGKASAWAN PERTAMA MALAYSIA
Sebagai sebahagian dari usahanya untuk memberikan lebih pemahaman akan karakteristik barah limpa dan sel lukemia, pakar bedah ortopedik ini telah meneroka angkasa lepas untuk ke stesen angkasa Soyuz TMA-11 pada 2007.
Dr Sheikh adalah ayah kepada 4 orang cahayamata, dan masih kekal berbakti dengan memberi galakan kepada generasi baru untuk mencapai cita-cita, biar setinggi mana.
3. NABIL AHMAD
PENGACARA TV, PELAKON
Dinobatkan sebagai "Raja Lawak" pada tahun 2008, Nabil Ahmad terus mengukir nama melangkaui kebiasaan, dengan Anugerah Kreatif Akademi Asia bagi kategori Pengacara Hiburan Terbaik sebagai bukti akan kesungguhannya.
Pengacara rancangan Astro Meletop dan Gegar Vaganza ini juga membintangi beberapa siri tempatan, dan sebagai ayah kepada 3 orang cahaya mata, menyediakan kediaman yang sihat sememangnya menjadi keutamaan - seiring dengan hala tuju dan falsafah CUCKOO.
4. HETTY SARLENE
PENYANYI, PELAKON
Hetty Sarlene sememangnya kecil-kecil cili padi.
Bermula dengan lagu pertama "Rindu Aku Rindu" yang menggegar industri tanahair pada tahun 2000, beliau telah menikmati perjalanan seni merentasi kebiasaan yang mengagumkan, dari nyanyian, lakonan, hinggalah ke penyertaan beliau dalam program realiti.
Setelah berehat seketika bagi menumpukan perhatian terhadap keluarga, beliau kembali dengan menyertai Gegar Vaganza 5, dan berazam untuk tidak menoleh ke belakang lagi. Beliau juga tetap memastikan kehidupan sempurna dan sihat, kekal dinikmati keluarga.
5. SAM MAK
PENYAMPAI RADIO
Mengimbangi antara kerjaya dan juga keperluan untuk memberi perhatian terhadap keluarga dengan menyediakan kediaman sihat, sememangnya bukanlah tugas yang mudah bagi setiap wanita. Namun, Sam Mak berjaya membuktikan kesungguhan mengatasi segalanya.
Mengambil pendekatan untuk bersahabat dengan anak-anaknya, Sam sentiasa memastikan untuk memberikan kehidupan yang ceria dengan mempelajari resipi- resipi baru dan menarik, selain merancang percutian bersama keluarga, biar sesibuk manapun tugasannya di Melody FM.
6. CHAN FONG
PENYAMPAI RADIO, USAHAWAN
Dengan pengalaman selama 27 tahun dalam industri radio tanahair, Chan Fong sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi.
Mengemudi siaran pagi di 988 FM, selain segmen lewat malam Jumaat yang memiliki ramai pengikut setia, Chan Fong digemari ramai kerana gaya persembahannya yang bersahaja dan benar-benar memahami akan kehendak pendengar. Dalam tempoh 2 dekad ini, Chan Fong bukan sahaja telah mengukir nama dalam industri radio, malah telah memiliki agensi pengiklanan yang menjadi pilihan ramai peniaga.
Sebagai seorang ayah kepada 3 orang cahaya mata, beliau terus mengukir nama dengan berkongsi kisah dan ragam masyarakat untuk dijadikan pedoman setiap golongan.
7. AANANTHA
PENGACARA, PENYAMPAI RADIO & PELAKON
Sikap positif memang sentiasa dituntut dalam menempuh kehidupan masa kini, dan Aanantha percaya menerusi populariti yang dimilikinya, dia mampu untuk memberikan sumbangan kepada masyarakat. Berpegang kepada keyakinan ini, beliau telah melebarkan sayapnya menggunakan muzik, TV dan radio untuk menggalakkan perkembangan positif kebudayaan, kemasyarakatan dan kesedaran terhadap alam sekitar, selain menjadi jurucakap bagi Suruhanjaya AIDS Malaysia serta Duta Remaja bagi program-program anjuran 1M4U. Beliau juga mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengamalkan meditasi, yoga disamping mempraktikkan hidup sebagai seorang vegetarian, sambil bercadang untuk berkarya dengan penglibatan ahli muzik yang berbakat.
Kesemua 7 personaliti yang membentuk CUCKOO FRIENDS ini akan tampil dalam pelbagai acara dan aktiviti yang telah dirancang oleh pihak CUCKOO sepanjang 2019 ini. Sehingga bertemu dilain masa, CUCKOO mengucapkan Selamat Tahun Baru!
Asraf Aided
Mon Jan 07 2019
Muaz Zabir Bermadah Pujangga, Jom Fahami Maksud Perumpamaan Ini! - "Rebung Tak Miang, Bemban Pulak Miang"
Pelakon lelaki yang pernah dikaitkan dengan Bella Astillah, Muaz Zabir tampil berkongsi beberapa petikan peribahasa di Instagramnya.
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat
Shuk seronok video call | YES TUAN EP 2
Sketsa lucu masalah yang berlaku di balai polis planet Zuhal. Macam-macam ragam terjadi bila nak sambut raya. Layan sketsa lucu oleh Shuk Sahar, Danial Zaini & Nizam Jentik-Jentik bersama tetamu undangan.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Pemergian Bapa Beri Impak Besar, Rasa 'Kosong' Antara Faktor Muncul Personaliti Berbeza Iqram Dinzly
Pelakon Iqram Dinzly, mengakui personaliti berbeza yang muncul dalam dirinya adalah sedikit sebanyak disebabkan oleh pemergian bapanya Menurut Iqram atau nama sebenarnya, Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 43, tidak menafikan tragedi yang menimpa dirinya telah memberi impak besar dalam kehidupannya. . “Bila ayah sakit kena strok tak boleh
Bekas ‘Skandal’ Rossa Sera Nafi Jadi Punca Video Tersebar - “Saya Pun Dah Move On Dengan Dia…”
Muncul pula bekas skandal Rossa Sera...
Harris Alif & Intan Ladyana Timang Cahaya Mata Lelaki - "Harris Junior Dah Selamat Dilahirkan"
Pelakon dan pengacara Harris Alif dan isteri, Intan Ladyana berkongsi perkhabaran gembira tentang kelahiran cahaya mata kedua mereka, pada Jumaat. Menerusi entri di Instagram Stories, Harris memaklumkan Intan telah selamat melahirkan anak lelaki. "Alhamdulillah, baru lepas video call, Harris Junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eev
Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"
Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial. Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di
Walaupun Telah Undur Diri Daripada DOLLA, Syasya Masih Lagi Artis Bawah Universal Music Malaysia
Kontrak bekas anggota DOLLA, Syasya Rizal bersama Universal Music Malaysia masih tidak terbatal.
Kangen Band & Bagindas X Dj Rycko Ria Bergabung Dalam Konsert Berjudul C.I.N.T.A Kembali Pulang Live in Kuala Lumpur
Kangen Band dan Bagindas disatukan dalam Konsert C.I.N.T.A Kembali Pulang Live in Kuala Lumpur pada 26 Mei 2024, jam 8 malam di Zepp Kuala Lumpur.
Dakwa Difitnah Khayalkan Aliff, Sarah Yasmine Tak Takut Nak Saman Ruhainies RM5 Juta?
Sarah Yasmine tidak takut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon Ruhainies atas dakwaan fitnah menuduhnya meletakkan bahan terlarang dalam minuman Aliff Aziz.