Setelah sukses dianjurkan pada tahun 2016 dan 2017, ERA Digital Muzik Awards kembali lagi untuk tahun ketiga!

Bakal berlangsung pada 25 Januari 2019, ERA Digital Muzik Awards 2018 (EDMA 2018) ini bakal mengiktiraf produk muzik terbaik sepanjang tahun 2018!

Nak tahu siapa bakal mengacarakan #EDMA2018, nantikan pengumumannya di fasa kedua undian #EDMA2018 nanti. Pelbagai kategori menarik bakal dipertandingkan dan peminat boleh mengundi penyanyi serta lagu kesayangan mereka di laman web edma.era.je bermula 31 Disember 2018 untuk fasa pertama pemilihan ‘Top 5’.

Bakal disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook ERA, peminat juga bakal dihiburkan dengan persembahan menarik dan kehadiran artis yang best dan nantikan pengumuman siapakah yang bakal membuat persembahan di #EDMA2018 tidak lama lagi menerusi laman sosial ERA.

Fasa pertama undian untuk 10 pencalonan dibuka bermula 31 Disember 2018 sehingga 13 Januari 2019 manakala fasa kedua yang menampilkan calon Top 5 pula bakal berlangsung pada 14 hingga 23 Januari 2019.

Berikut merupakan senarai kategori untuk EDMA 2018:
Lagu Paling VIRAL
Penyanyi Kolaborasi Terbaik
Muzik Video Paling Lit
Temubual Terbaik Carta ERA 40
Penyanyi Paling Lit di Media Sosial
Penyanyi Pilihan DEEJA
Lagu Paling Lama Dalam Carta ERA 40

EDMA 2018 distrimkan oleh Deeja Cosmetic, kehebatan luar biasa dengan Deeja Cosmetic.


Gunakan set penjagaan kulit muka 5 dalam 1 Deeja Cosmetic! Tampil lebih flawless, cerah, gebu dan berseri-seri secara semulajadi dengan Deeja Cosmetic yang diolah daripada estrak bahan semulajadi berkualiti tinggi.

Sesuai di amalkan oleh lelaki dan wanita, dapatkan sekarang di ejen dan stokis sah atau di toko jamu berhampiran dengan anda!

Set penjagaan kulit muka 5 dalam 1 Deeja Cosmetic ini mengandungi sabun pembersih muka, toner nano, krim siang, krim malam dan krim nano yang membantu mencerah dan melembapkan kulit, dan mengurangkan cela, jerawat dan jeragat.

Nak tahu lagi, “Like” dan “Follow” Instagram https://www.instagram.com/deeja_cosmetic_hq dan Facebook Deeja Cosmetic HQ https://www.facebook.com/DeejaCosmeticHq/