Pengikut laman sosial Instagram (IG) juri Maharajalawak Mega 2018 dan pelakon, Remy Ishak kini mencecah satu juta.

Merujuk kepada posting Insta Story miliknya, Remy mengucapkan rasa terharu dan terima kasih kepada peminat yang mengikuti perkembangannya di akaun media sosialnya itu.

“Terima kasih, walaupun kanda tak punya apa-apa, masih ada yang sudi follow untuk lost bersama-sama,” tulisnya.


Remy atau nama sebenarnya Zalimei bin Ishak telah memuat naik 478 posting sejak akaun itu dibuka pada 31 Mac 2012.

Remy mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2006 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini menerusi lakonan dalam filem dan drama tempatan.

Jangan lupa menyaksikan MLM 2018 bermula pada 2 November ini jam 10 malam menerusi Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan ‘on demand’.

Foto: Instagram @remyishak