Bekas madu pelakon Izreen Azminda, Intan Liana Saleh mengucapkan tahniah kepada aktres terbabit yang sedang hamil.

Ucapan itu disampaikan Intan melalui jawapan kepada pengguna melalui Instastory sebentar tadi.

"Alhamdulillah... Tahniah ex madu. Insya-Allah bonda pun berhak bahagia. Gitu.

"On the way lah ni ke jalan bahagia," tulis Intan.



Izreen tengah hari tadi telah mengumumkan kini sedang meniti hari untuk menimang cahaya mata sulung bersama Ude.

BACA: Kongsi Foto Ultrasound, Izreen Azminda Hamil?

Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid telah mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos lalu di Damansara, Petaling Jaya secara tertutup.

Izreen pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah pada 2014.

Pelakon itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar, 5.

Manakala, Ude pernah mendirikan rumah tangga bersama Intan Liana Saleh pada Mac 2013 namun bercerai pada Mac 2018.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Arish Muqri, 4 dan Ariq Murqi, 2 tahun.