Pelakon Sharifah Sakinah akui kagum apabila buat pertama kali, dapat menyiapkan satu hidangan makanan untuk suaminya selepas lebih setahun berkahwin.

Sakinah mendedahkan dia tidak pernah memasak selama ini kerana takutkan api dapur tetapi demi suaminya yang ketika itu sedang kelaparan, dia cuba memasak satu hidangan yang mudah.

“Selalunya kami akan makan di luar sahaja, tetapi pada masa itu kami lapar dan dalam masa yang sama malas untuk keluar.

“Jadi saya pun cuba memikirkan sesuatu untuk dimakan dengan menggunakan apa sahaja bahan yang ada di peti sejuk dan rumah untuk dimasak,” katanya kepada Suudu.

Menerusi video khas Suudu ini, Sakinah berkongsi resepi yang mudah tetapi sangat berkhasiat untuk kesihatan tubuh badan.

Ingin tahu apakah resepi yang dimasak Sakinah serta bagaimana reaksi suaminya bila pertama kali rasa masakkan isterinya? Saksikan video penuh dibawah.

Muat turun aplikasi Suudu di IOS dan Android store untuk mendapatkan pelbagai resepi dan fungsi baru. Anda juga boleh berkongsi pengalaman kisah anda memasak menggunakan resepi yang ada di dalam Suudu.

Artikel dan video oleh Syafiqah Jalal