Pelakon popular, Ummi Nazeera berasa gembira melihat anak sulungnya, Ayra Aneeshah membesar dengan cepat.

Perkara itu dikongsi Ummi menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.

Menurut Ummi, keterujaannya melihat Ayra membesar membuatkan dia mahu menimang cahaya mata kedua.

"Growing so fast, the bigger she gets, the harder to leave her.

"Alhamdulillah, rasa macam I want more babies, insya-Allah, Amin," tulisnya sebagai kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan kesihatan Ayra dan memuji kecomelannya.

Ummi melahirkan Ayra di Hospital Serdang pada jam 11.37 malam, 22 Ogos lalu.

Growing so fast... The bigger she gets the harder to leave her.. alhamdulillah... Rasa macam i want more babies..? in shaa Allah.. ameen. @babyhoodmalaysia #cybexmios #cybexfashioncollectionkoi #cybexmalaysia

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera) on


Pelakon berusia 28 tahun ini mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2008 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini menerusi lakonan dalam filem serta drama tempatan.