Penyanyi rap, penulis lagu dan produser, Altimet memberitahu bahawa dia sedang melabur dalam sebuah syarikat restoran pizza yang mempunyai beberapa cawangan di dalam kawasan Lembah Klang.

Menurut Altimet, pelaburan itu merupakan salah satu perancangan untuk menjana pedapatan selepas bersara sebagai seorang penyanyi.

"Saya telah melabur dalam sebuah syarikat restoran pizza yang mempunyai beberapa cawangan di dalam kawasan Lembah Klang.

"Ia merupakan salah satu perancangan untuk menjana pendapatan selepas saya bersara sebagai seorang penyanyi nanti.

"Setakat ini, perniagaan syarikat itu berjalan dengan baik, semoga semuanya berjalan dengan lancar," katanya kepada Gempak baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Altimet bakal tampil dengan sebuah konsert bergelar The Last Altimet Show yang akan berlangsung pada 16 Februari ini.

Konsert yang bakal berlangsung di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur itu bakal menyaksikan persembahan akhir Altimet sebagai seorang penyanyi.

Bagi anda yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan konsert ini, tiket terhad Early Bird boleh didapati bermula harga RM 59 (presale) dan RM 109 (at door). Tiket terhad Eearly Bird ini boleh didapati menerusi altimet.com.my/Concert bermula 21 Disember 2018.