Pelakon yang popular menerusi drama bersiri Dia Semanis Honey, Nadya Syahera berharap agar tahun ini dia tidak hamil lagi memandangkan dua orang anaknya masih kecil.

Menerusi entri di Instagram (IG), Nadya berkongsi azam tahun barunya beserta dengan gambar bersama keluarganya ketika berada di Pulau Pinang.

"Tak ada karangan panjang sempena penutup 2018 ni.

"Cuma sis harap 2019, sis tak pregnant lagi dan Fizul tak kawin lagi haha. #kbye #happynewyear," tulisnya.

Takde karangan panjang sempena penutup 2018 ni, cuma sis harap 2019 sis tak pregnant lagi,fizul tak kawin lagi haha. #kbye #happynewyear

A post shared by NS (@nadyasyahera) on


Rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Nadya memandangkan anak-anaknya masih kecil dan jarak dia mengandungkan anak pertama dan kedua begitu dekat.

Terdahulu, Nadya telah mendirikan rumah tangga dengan Fizul Nawi pada 25 September 2016.

Nadya melahirkan cahaya mata sulungnya pada awal Mac 2017 manakala anak keduanya pada 7 Februari tahun lalu.