Anggota kumpulan K-Pop popular, WINNER, Song Mino akui tidak sukar untuk mengekalkan berat badan selepas berjaya mengurangkan sebanyak 10 Kilogram (Kg).

Mino mendedahkan perkara itu menerusi satu temubual radio dalam program 'Choi Hwa Jung's Power Time' baru-baru ini.


“Saya ingatkan berat badan akan naik kembali tetapi tak sangka pula saya berjaya mengekalkannya.

“Rasa bangga dengan diri sendiri pun ya juga kerana berjaya melakukannya,” ujarnya.

Menerusi temubual itu, Mino juga berkongsi tips mudah untuk mengekalkan berat badan.

“Terlalu senang, saya akan berhenti makan selepas jam 6 petang. Jika kamu ingin makan, makanlah pada waktu pagi.

“Saya hanya mengambil makanan mengikut jumlah yang diperlukan, kawal pengambilan karbohidrat dan tidak minum minuman keras.

“Saya berjaya kekalkan berat dengan menggunakan cara mudah ini,” jelasnya.

A post shared by MINO (@realllllmino) on

Dalam pada itu, seroang lagi anggota WINNER, Lee Seung Hoon juga bersetuju dengan tips tersebut.

“Pada mulanya Mino merupakan anggota WINNER yang paling berat tetapi sekarang sebaliknya. Dia memang seorang yang kuat,” komennya.

Sumber: Allkpop