Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat bakal mengeluarkan produk terbaru yang diberi nama SASSU.

Menurut Ayda, nama SASSU adalah nama singkatan kumpulan adik beradiknya.

"Saya akan mengeluarkan produk terbaru iaitu SASSU.

"Saya memilih nama SASSU kerana ia adalah nama singkatan untuk kumpulan adik beradik saya.

"Saya mula keluarkan produk ini secara eksklusif di Singapura, selepas itu baru pelancaran di sini," katanya.

Tambah penyanyi yang popular dengan lagu Temberang ini, dia masih dalam proses menyiapkan album pertama.

"Saya masih dalam proses menyiapkan album pertama saya, insyaallah bulan empat akan dilancarkan," katanya lagi.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).