Anak kedua penyanyi Tomok, Andrashah Iman menangis di hari pertama persekolahnnya.

Perkara itu dikongsi Tomok menerusi foto dan juga Insta Story di akaun Instagram (IG) nya hari ini.

Menerusi entri tersebut Aeril memuat naik foto anaknya yang lengkap berpakaian seragam pra sekolah.

“Saya pun sekolah jugak hari ni… Tapi saya nangis kat sekolah,” tulisnya pendek.

saya pun sekolah jugak hari ni..tapi saya nangis kat school ?

A post shared by Tomok (@tomokofficial) on

Manakala menerusi IG Story, Tomok berkongsi perbualannya bersama Andra mengenai kelakukannya hari ini.

“Adik nangis ke dekat school? Kenapa adik nangis?” soalnya pendek.


Pertanyaan itu kemudiannya dijawab Andra dengan ketawa kecil.

“Ya sebab adik nak ayah,” jawabnya.

Selain Andra, anak sulungnya, Arrianshah Akid juga melalui hari pertama persekolahan darjah satu.

first day di sekolah ?

A post shared by Tomok (@tomokofficial) on

Foto: Instagram @tomokofficial