TUTUP

Majlis Pernikahan Elfira Loy: Pelamin Floria, Kolar Baju Cawan Cupcake... 'Kreatif' Betul Netizen Ni!

Hiburan
Majlis Pernikahan Elfira Loy: Pelamin Floria, Kolar Baju Cawan Cupcake... 'Kreatif' Betul Netizen Ni!
Sepertimana semua sudah sedia maklum, majlis pernikahan pelakon Elfira Loy dan Faris Khairol Anuar berlangsung penuh eksklusif dan meriah semalam.

Ramai yang berkongsi foto dan video sepanjang majlis pernikahan pasangan itu semalam, malah ramai juga yang berbalas-balas melontarkan pandangan.

Hinggakan, nama Elfira menjadi trending di laman sosial Twitter sejak pagi semalam.
 
Teruja, gembira dan ada yang cemburu melihat pasangan merpati dua sejoli itu disatukan dalam majlis indah yang berkonsepkan perkahwinan dalam taman itu.

Turut menjadi buah mulut netizen, peterana hari bahagia Elfira dan Faris yang cukup mempesonakan.

Pelaminan mereka yang berdiri megah menjadi sebut-sebutan serta turut dijadikan inspirasi buat mempelai yang bakal mendirikan mahligai bahagia tahun ini.

Seri pengantin Elfira juga kelihatan memancar saat dia menyarungkan busana serba putih yang cukup menawan. 

Lari dari kebiasaan busana pernikahan, Elfira nampak jelita menggayakan persalinan terbabit yang mendapat sentuhan pereka fesyen duo Rizman Ruzaini.

Disebalik ribuan pujian, ada juga netizen yang 'nakal' menyamakan pelamin mereka dengan festival bunga Floria.
 
 
Tidak cukup dengan pelamin ciptaan Nas Great Idea itu, busana yang disarung Elfira juga di-troll dengan pelbagai foto lain.

Kolar gaun nikahnya disamakan dengan beberapa karakter daripada filem popular Hollywood seperti Queen of Hearts (Alice In The Wonderland), badut (IT) termasuklah Permaisuri England, Queen Elizabeth I.




Tidak terhenti di situ, ada juga segelintir bertindak nakal menyamakan kolar ikonik ciptaan Rizman Ruzaini itu mirip cawan kertas cupcake.

Ada juga netizen yang gigih memparodikan baju nikah Elfira dengan gaya tersendiri... Kreatif sungguh!


 
 

Walau apa yang bermain di fikiran netizen, tahniah sekali lagi buat pasangan Elfira dan Faris yang kini selamat bergelar suami isteri.

Segalanya serba serbi indah dan majlis pernikahan mereka boleh dinobatkan sebagai Wedding of The Year 2019!

Semoga terus bahagia melayari alam rumah tangga hingga ke syurga abadi!

Artikel Berkaitan