Penyanyi dan pelakon Mark Adam berkongsi kisah kehidupannya sejak kecil ketika hendak pergi ke sekolah.

Menerusi entri di INstagram (IG), Mark berkongsi sepotong video kesukaran perjalannnya untuk ke sekolah dengan melalui beberapa lorong sempit sebelum sampai ke sekolah.

"Rindu lorong nak pergi sekolah masa muda-muda dulu," tulisnya ringkas.

Rindu Lorong nak gi sekolah masa muda2 dulu ?

A post shared by Mark Adam Official (@markadam1079) on


Rata-rata memuji kecekalan Mark dalam menempuhi dugaan hidup untuk terus belajar sehingga berjaya pada tahap sekarang.

"@ct_iti: Ya Allah struggle @markadam1079 nak pergi sekolah. Mesti penat."

"@missliana111: Lorong ni la yang menjadikan Mark Adam, Mark Adam yang sekarang."

"@irah_waidah: Kesusahan banyak mengajar erti kehidupan agar lebih menghargai dan jangan sesekali lupa diri asal usul."

"@x_muhdhisham_x: Tiada siapa yang sangka antara penyanyi berjaya dahulu pernah ke sekolah di lorong macam ini tapi tengoklah mark adam sekarang."

"@zara13163: Proud dengan you. Always humble. Now mark dah berjaya."