Pelakon Nadia Aqilah mengakui agak terkejut apabila mengetahui dirinya tercalon untuk pelakon wanita terbaik di Anugerah Pengkritik Filem.

Namun begitu, Nadia tidak bernasib baik apabila kecundang dengan pelakon, Datin Umie Aida.

"Sebenarnya saya agak terkejut apabila ada beberapa ahli kumpulan kami yang menang.

"Filem Mencari Rahmat sebenarnya belum ditayangkan di panggung wayang.

"Kami merancang filem ini akan keluar tahun depan memandangkan mempunyai masalah kewangan.

"Apabila filem ini tercalon, saya terfikir bila masa mereka datang dan menonton.

"Rupanya mereka datang ketika tayangan filem secara privasi yang telah diadakan sepanjang 'road tour' berlangsung," katanya.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).