Pelakon Johan As'ari telah berkongsi sebuah video yang memuatkan beberapa keping foto bersama teman wanitanya, Nazejulaiti.

Menerusi entri terbaharu di IG, Johan mendedahkan rupa kekasih hatinya serta menulis kapsyen yang menunjukkan hatinya sudah dimiliki.

"Menantimu adalah keputusan terindah ketika jarak memisahkan kita kerana mencintai mu adalah ingin ku," tulis Johan.

Rata-rata rakan artis serta pengikut mengucapkan tahniah serta mendoakan semoga hubungan mereka ke jinjang pelamin.

Namun, ada segelintir peminat yang menegur Johan kerana berkongsi beberapa keping foto teman wanitanya ketika tidak bertudung.

"@aydaamirarose99: Agama kuat, baca al quran sedap.. Kenapa girlfriend dedah aurat?"

"@epulgary: Bro, bukan nak sibuk tapi nak nasihat atas dasar kita saudara seagama, delete la post ni sbb dah buka aurat insan yang tersayang. Takde gunanya post video ngaji dan belajar agama kalau post aurat insan yang tersayang ni. Andai nasihat ni menyakitkan hati, maafkan saya sebab saya nasihat atas dasar kita saudara seagama."

Menantimu adalah keputusan terindah ketika jarak memisahkan kita kerana mencintai mu adalah ingin ku. ? @letty.0210 ?? #lettyarrif

A post shared by Johan Arrif DW hj. As'ari (@johanarrif) on