Luahan hati isteri penyanyi, Tomok, Ayu Abas untuk arwah bapa mentuanya, Ismail Salim membuatkan netizen sebak.
Menerusi entri terbaru yang dikongsi Ayu di laman Instagram miliknya, isterinya memuat naik foto arwah bapa mentuanya dengan kapsyen menyentuh hati.
“Semalam adalah hari yang paling dinanti oleh Arrian untuk orientasi tapi juga hari yang sangat berduka buat kami sekeluarga...Penutup tirai 2018 yang penuh emosi...
“Ayah mertua saya ISMAIL B SALIM telah pulang kerahmatullah pada pukul 3.00petang...Semoga rohnya dicucuri rahmat...
“YaAllah kau tempatkanlah Ayah Mertuaku di kalangan orang-orang yang beriman....Amin”
“Yang hidup pasti mati..tenanglah ayah setenang-tenangnya di sana....tiada lagi kesakitan yang tak terucap...
“Tiada lagi keluhan yang didengar... Tiada lagi suara ayah... Terima kasih ayah buat semuanya... Ayu akan sentiasa kirimkan doa buat ayah...
“Terima kasih buat keluarga yang hadir… Kepada follower saya yang membaca insta saya… Saya mohon agar sedekahkan Al-fatihah buat al-marhum ayahanda suami saya yang tercinta yang juga ayah mentua saya...
“ISMAIL B. SALIM, 19.12.1957 - 29.12.2018,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi rasa sebak selepas membaca luahan hati yang ditulis oleh Ayu dan mendoakan agar roh arwah bapa mentuanya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Terdahulu, Tomok memaklumkan bapa kesayangannya, Ismail Salam telah menghembuskan nafas terakhir pada Sabtu.
Foto: Instagram @ayu_abas
Pelakon Dr Pontianak Alami Kisah Mistik Diganggu Hantu! | Singgah Set
Kimberly Chuah bagitahu kat Cik Bam yang diorang diganggu perkara mistik ketika penggambaran Dr Pontianak. Sharifah Sakinah pulak tak puas hati Cik Bam datang time dah nak habis waktu shooting. Mierul Aiman sempat bagi pickup line kat Cik Bam.
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #DrPontianak
Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna dan Strim Astro GO
Terbitan: KL MOTION PICTURES CO.
Arahan: Wan Alauddin (Alak) & Wan Hasliza Wan Zainuddin
Bersama dengan Mierul Aiman, Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Sathis Varan & pelakon-pelakon hebat yang lain.
#AstroBaharu #DrPontianak #AstroBaharu #TakMacamDulu #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat