Muzik video lagu terbaru dendangan penyanyi Ayda Jebat, Temberang masih menduduki carta pertama trending di YouTube Malaysia.
Mula trending semenjak Ahad minggu lalu, lagu hasil kolaborasi antara Hael Husaini, Ezra Kong dan Ayda sendiri itu mencetuskan fenomena tersendiri.
"Alhamdulillah, sejujurnya saya masih speechless. Saya sendiri tak sangka sambutan yang diterima sangat positif dan orang ramai memberi maklum balas yang sangat baik selepas mendengar lagu Temberang dan menonton muzik video terbabit.
"Saya sangat bersyukur dan berharap ini bakal menjadi permulaan yang baik untuk membuka 2019," kata Ayda.
Temberang dilancarkan di saluran YouTube milik Ayda pada jam 9 malam, 21 Disember lalu.
Mengulas mengenai perancangan tahun baru, pelantun lagu Pencuri Hati ini mahu memberikan fokus untuk menghasilkan produk berkualiti.
"Peminat merupakan keutamaan saya, jadi saya akan memberikan usaha 100 peratus dalam menghasilkan produk berkualiti agar peminat berpuas hati.
"Selain bidang lakonan dan nyanyian, saya juga akan memberikan fokus kepada perniagaan saya yang baru sahaja dimulakan.
"Layari laman Instagram @sassu.my bagi mengetahui informasi lanjut mengenai perniagaan yang sedang saya usahakan," kata Ayda lagi.
Setakat ini, muzik video Temberang mendapat hampir 2.7 juta tontonan serta hampir 70,000 tanda suka.
Muzik video ini turut menampilkan dua orang pelakon kacak, JC Chee dan Sean Lje.
Lagu Temberang juga sudah dilancarkan secara rasmi menerusi semua pelantar digital bermula 28 Disember.
Kamaruddin Razal
Mon Dec 31 2018
Bulu Mata Senget & Gincu Tak Sekata Sarah Yasmine Jadi Tumpuan Netizen
Kedudukan bulu mata palsu milik wanita yang didakwa kekasih gelap Aliff Aziz, Sarah Yasmine ketika satu rakaman temubual bersama sebuah portal hiburan malam tadi menjadi tumpuan netizen.
SIAPAKAH PEMILIK HATI NAZIAH? | KE KODIANG WITH LOVE EPISOD 4
Kesian betul tengok Ajib, macam kecewa sangat tu bila Johan tiba tiba muncul balik dalam hidup Naziah. Apa yang akan jadi agak agak? Dapat ke Ajib memenangi hati Naziah?
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries
Sarah Yasmine Tolak Untuk Bertemu Ruhainies, Sempat ‘Tegur’ Bahasa Inggeris Teruk - “Saya Bagi Peluang Awak Cakap Jujur Tapi…”
Sarah tak nak jumpa Ruhainies.
Sarah Yasmine Minta Break Up, Aliff Aziz Menangis Teresak-Esak
Wanita yang didakwa kekasih gelap pelakon Aliff Aziz, Sarah Yasmine terus tampil mendedahkan kisah mereka menerusi satu temubual bersama portal hiburan malam tadi.
“Ada Wajah Kita Tak Mahu Berpisah, Tapi Terpaksa Melepaskannya” - Datuk Red
Datuk Red luah perasaan di TikTok.
GMW Giveaway: Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun
GMW Giveaway: Konsert Only Jiwang Jiwang Club
Keanu Azman, Noryn Aziz & Hariz Hamdan Sertai Kemeriahan 'Hello NU Sentral' 27 April Ini!
Kemeriahan Hello NU Sentral akan dimeriahkan dengan kehadiran barisan selebriti tempatan antaranya penyanyi OST Khunsa, Noryn Aziz dan bintang baharu yang sedang menyinar, Hariz Hamdan.
Wani Kayrie Simpati Dengan Nasib Bella Astillah, Enggan Campur Urusan Rumah Tangga Sepupu Sendiri
Dek kerana kemelut rumah tangga yang berpanjangan, isu hubungan pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah telah meraih perhatian ramai pihak. Memberi pandangan berhubung permasalahan tersebut, penyanyi Wani Kayrie yang juga ahli keluarga kepada Bella Astillah hanya mampu meluahkan rasa simpati terhadap apa yang berlaku terhadap saudaranya
Ibu Zaki Yamani Terkejut Nama Dipetik Dalam Perbualan WhatsApp Viral - “Tak Pernah Berbual Langsung Hal Mereka”
Ibu Zaki harap tak dikaitkan dengan isu itu.